Mindasys Training Centre



Kursus:
Bookmark & Share this Page (click icon below)  

MindaSys

Siapa Kami
Mendaftar dengan Kementerian Kewangan (No. 357 - 02033192) di bawah bidang 220505 - Tenaga Pengajar. 100% dimiliki oleh MindaCom Technology Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 20hb Ogos 1999, bertaraf Bumiputera dan pemboleh ePerolehan.

Mengapa Pilih MindaSys
Kita menyaksikan perubahan berterusan di dalam kehidupan. Sama ada gaya hidup atau kaedah bekerja. Pengetahuan dan skil yang kita miliki semalam mungkin tidak sesuai digunakan lagi esok. Perubahan sangat dialu-alukan oleh mereka yang bersedia. Ini bermakna berubah dari baik kepada yang lebih baik. Bagi mereka yang tidak bersedia, perubahan bererti masalah.

Kami di MindaSys sentiasa berusaha menguasai dan maju
bersama teknologi perisian terkini. Kami sedia mendengar
kesulitan anda mengendali sebarang perisian dan bersedia
untuk membantu. Kami bekerja mengikut persekitaran dan
keperluan kerja anda.


Mengenai Kursus Kami

Kami mencipta program latihan berdasarkan pengalaman dan
dunia praktikal sebenar. Memberi penekanan kepada
keperluan menggunakan perisian di dalam tugasan harian.
Kami memiliki jurulatih yang mahir dari pelbagai bidang, industri
dan profesional. Mereka memiliki rekod cemerlang di dalam bidang latihan.
Kursus dan Tempat Latihan
Kami melaksanakan kursus di pusat latihan kami dan juga di tempat pilihan anda - hotel, pejabat, makmal komputer, pusat latihan, dan lain-lain.

Kami berpengalaman memberi latihan kepada kumpulan bersaiz kecil, sederhana, dan besar. Anda boleh menjimatkan kos jika latihan disertai oleh ramai peserta dan dilaksanakan di lokasi pilihan anda. MindaSys berpusat di Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, kami bersedia untuk ke tempat pilihan anda. Latihan boleh dilaksanakan di Lembah Kelang atau di seluruh MALAYSIA.


Seterusnya...
Pencarian anda mendapatkan yang terbaik telah berakhir...